TASBIH BIDARA 33 Dan 99
*BIDARA*
Salah satu pohon yang akan ada di dalam syurga. Dan sudah pasti apabila tersebutnya ia maka tanpa ragu ianya pasti ada kelebihannya anugerah daripada Allah SWT.
Kepada yang mengamal perubatan ghoib serta
alternatif, Bidara sudah tidak asing lagi bagi mereka. Bidara dari setiap sudut pohonnya digunakan dengan pelbagai cara mengikut ilmu jurusan pengajian amalan masing - masing.
Teras Bidara mempunyai khasiat seperti berikut :-
1) Pagar Ghoib untuk sebarang gangguan jin..
2) Pembias tuju tuju juga sihir
3) Dijadikan medium rawatan kecemasan apabila berlaku serangan jin / roh sesat masuk ke tubuh badan serta histeria.
4) Digunakan untuk mengugut bendasing bersifat ghoib keluar dari tubuh badan.
5) Selain itu teras dan bahagian lain dari pohon bidara juga digunakan di dalam rawatan medis lama untuk ikthiar perubatan.
Maka dengan ini, Bidara bukanlah calang - calang pohonnya dan hanya yang memahami akan mencari - carinya.
Ulasan
Catat Ulasan